Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Lelaki Dilapor Pinjam Duit Isteri Bernilai Lebih RM120k Untuk Kahwin Lain, Akhirnya Kantoi

Abu Dhabi: Seorang lelaki dilaporkan meminjam duit dan menipu isterinya untuk berkahwin lain, lapor Gulf News

Wanita tersebut menyatakan bahawa suaminya itu memperdayanya untuk mengambil pinjaman peribadi sebanyak SR120,000 (RM 129462.57) bagi melunaskan hutangnya. Namun, dia sebenarnya merancang menggunakan duit itu untuk berkahwin satu lagi, lapor media tempatan.

Dia bertanyakan kepada suaminya itu, namun suaminya itu menepis dakwaan tersebut. Disebabkan itu, dia telah memangjangkan perkara tersebut menggunakan firma guaman untuk menuntut perceraian, lapor Al Watan.

Lelaki itu mendakwa bahawa dia diancam akan diberhentikan kerja, dan oleh itu wanita tersebut telah mengambil pinjaman peribadi sebanyak 120,000 riyal dan memberikan kepadanya untuk membayar hutangnya, menurut wanita itu.

Dia menjelaskan bahawa setelah beberapa minggu, dia mengetahui yang suaminya itu telah merancang untuk menikahi wanita lain, yang mendorongnya untuk bertanya sendiri kepada suaminya itu. Dia enggan mengakui pada mulanya, namun kemudian mengakui bahawa dia akan berkahwin dalam masa yang terdekat.

Setelah menuntut agar dia membayar kembali 120,000 riyal, dia telah bertindak menolaknya. Disebabkan itulah, wanita tersebut terpaksa mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Sumber: Gulf News

 

Aqmal Ezany

I write what is right