Untuk sebahagian orang, menghirup secawan kopi di waktu pagi hari memberikan kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin begitu juga anda. Sekarang, cuba kamu minum kopi dengan jenis dan cara bancuhan yang sama di waktu petang atau malam hari. Ada kemungkinan kadar “kenikmatan” kopi tersebut berbeza berbanding ketika kamu meminumnya di pagi hari. Betul ke? Tenang, itu bukan bererti keadaan tubuh atau akal perasa kita bermasalah. Pada kenyataannya, ada bukti ilmiah yang boleh menjelaskan alasan di sebalik perubahan rasa kopi.
Sebuah kajian yang dilakukan pada Julai 2020 mengkaji kesan kebisingan terhadap pengalaman makan dan minum seseorang. Penyelidik meminta para peserta yang terdiri dari 400 lelaki dan wanita untuk minum kopi yang sama dua kali. Namun, ketika minum kopi, peserta akan diberikan suara kebisingan yang berbeza melalui sebuah headphone. Suara kebisingan itu mewakili suasana dari pusat tempat makan (food court) yang ramai. Tahap kebisingan suara tertinggi diatur pada angka 85 dBA, sedangkan suara terendah diatur di angka 20 dBA. Sebagai catatan, dBA adalah nilai untuk menentukan risiko gangguan pendengaran yang disebabkan oleh kebisingan.
Angka 85 dBA termasuk tahap kebisingan suara yang tinggi dan menimbulkan risiko kerosakan pendengaran jika seseorang terpapar dalam jangka waktu yang lama. Peserta tidak diberi tahu bahawa kedua-dua kopi itu adalah sama, tetapi majoriti kumpulan menilai kopi yang diambil dalam keadaan lebih tenang memiliki rasa lebih sedap. Kajian tersebut menemukan bahawa peserta yang minum kopi cenderung tidak memerhatikan sifat deria seperti rasa manis, pahit dan asid kopi ketika peserta mendengar suara yang bising. Di tempat atau lingkungan yang bising, peserta kurang bersedia untuk memesan dan membeli kopi. Dari kajian itu, terungkap bahawa kita dapat menikmati kopi di pagi hari jika berada dalam tempat yang lebih tenang.
Kajian ini bukan satu-satunya penelitian yang melihat kesan kebisingan suara pada pengalaman ketika merasa makanan atau minuman. Penyelidik Charles Spence melakukan pemerhatian lengkap terhadap fenomena tersebut pada tahun 2014. Dia melihat kajian lain di tahun 2004 yang meneliti pengaruh tingkat tahap bunyi muzik latar pada pengamalan minuman beralkohol. Ditemukan, peningkatan kebisingan suara menyebabkan orang mengambil alkohol lebih banyak.
Sementara itu, kajian pada tahun 1989 yang dilakukan penyelidik A McCarron dan KJ Tierney memperolehi hasil yang sama untuk pengambilan minuman ringan. Dari hasil kajian, Spence menyimpulkan bahawa “ada kemungkinan hubungan langsung antara kebisingan muzik dan peningkatan keuntungan bagi pemilik perusahaan yang memilih memainkan muzik dengan kuat”. Ia merujuk pada dugaan yang menuntut pengaturan muzik dengan kuat sebagai keupayaan beberapa pemilik restoran untuk mengaut keuntungan.
Jurnalis New York Times, Cara Buckley sudah menulis tentang pengaruh muzik terhadap perilaku pelanggan restoran, seperti taktik yang digunakan Hard Rock Cafe. Wyatt Magnum, presiden Magnum Music Group yang berada di Los Angeles AS, berpendapat mengenai strategi Hard Rock Cafe untuk meningkatkan jumlah keuntungannya. “Hard Rock Cafe sudah mempraktikkannya secara sains, sejak pengasasnya menyedari bahawa memainkan muzik yang kuat dan cepat membuat pelanggan berbicara lebih sedikit, pengambilan minuman lebih banyak dan lebih cepat beredar.”
Sumber- Dmarge