Siakap Keli
Gambar: Asia One/ Google

Meninggal Dalam Dakapan Ibu, Gadis 11 Tahun Dilapor Terkorban Akibat ‘Komplikasi Hamil’, Didakwa Dirogol Datuk

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa telah diperkosa oleh datuknya sendiri, dilaporkan meninggal dunia dalam pelukan ibunya pada Jumaat selepas menderita morning sickness yang teruk, lapor Asia One

Majlis pengkebumian kanak-kanak itu telah diadakan di rumahnya di daerah Sahatsakhan, Thailand. Mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Srinagarind di Khon Kaen terdahulu bagi pemeriksaan.

Menurut portal Asia One, ibunya yang berusia 33 tahun menyatakan bahawa dia telah bercerai dengan ayah kepada kanak-kanak itu selama lima tahun, dan kemudiannya mengakui bahawa anak perempuannya itu telah diperkosa oleh datuknya sendiri.

Ibu kepada kanak-kanak itu juga turut menyatakan bahawa dia telah membawa anaknya ke sebuah hospital pada Disember lalu, dan seorang doktor di sana telah mengesahkan bahawa mangsa mengalami kehamilan ektopik. Anaknya itu telah memuntahkan makanan serta ubat yang diberi, tambahnya. Selain daripada itu, mangsa difahamkan telah disuntikkan dengan haemagogue namun ianya hanyalah sia-sia.

Menurut wanita itu, pada malam Jumaat, anaknya telah muntah dan meraung kesakitan sebelum meninggal dunia dalam dakapannya.

Sementara itu, polis Sahatsakhan telah berusaha mengumpul bukti bagi kes tersebut dan mereka dilaporkan akan segera meminta waran tangkap dari mahkamah tempatan.

Sumber: Asia One

Aqmal Ezany

I write what is right