Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan meneruskan pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dan peralatan digital sehingga 31 Disember 2021 ini.
Pelepasan itu dilanjutkan setahun lagi selepas ia tamat pada 31 Disember 2020 yang lalu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi.
Pemberian data percuma 1GB kepada orang ramai sejak 1 Januari 2021 ini akan diteruskan sehingga 30 April akan datang.
“Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi,”
Pakej itu akan diteruskan sehingga 30 April 2021 akan datang, katanya.
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 pembelian telefon bimbit, komputer & tablet dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021 – PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/kteXr8eGAW
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 18, 2021
Sumber: Bernama