Tidur semasa kerja merupakan kesalahan yang serius. Apatah lagi jika ia melibatkan bidang perkhidmatan yang boleh memberi kesan langsung kepada orang awam.
Baru-baru ini, RapidKL telah menerima aduan atas salah laku ‘staf’ mereka yang tidur semasa waktu bekerja. Dengan komputer terpasang di depan mata, ‘staf’ berkenaan enak berbaring di atas kerusi sambil menutup muka.
Gambarnya telah diambil dan dihantar di ruangan komen laman RapidKL.

Susulan itu, RapidKL telahpun mengambil tindakan ‘mendenda’ staf berkenaan untuk melakukan kerja nyah kuman dalam gerabak LRT mereka.
Gambar pelaku turut dimuatnaik untuk pengajaran orang ramai.
Marathon drama Korea rupanya
Kami menerima teguran berkenaan staff kami yang satu ini. Selepas siasatan dijalankan, rupanya beliau tak cukup tidur sebab marathon drama Korea semalam.
Kami janji beliau dah tak tidur lagi ketika bekerja sebab tadi kami dah denda dia suruh sanitize satu gerabak LRT.
Kami menerima teguran berkenaan staff kami yang satu ini. Selepas siasatan dijalankan, rupanya beliau tak cukup tidur…
Posted by Rapid KL on Friday, January 15, 2021
Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat kucing yang turut dikenali dengan nama Si Cantik itu. Tak kurang juga ada yang ‘meminta’ denda lebih berat dikenakan.
Bukan tidur, tapi tengah berfikir
Suruh dia pam tayar LRT la
Tutupkan lampu jap, penat dia marathon K-Drama
Silap-silap basah kerusi keluar air liur basi dia
Sumber: RapidKL, Adrian Lee
Malaysia Lakar Sejarah Penting, Visi Putrajaya 2040 Dapat Kata Sepakat Pemimpin Negara Asia Pasifik
Posted by Siakap Keli on Thursday, December 24, 2020