Siakap Keli
Gambar: Sahabat Surga

(Video) Mujur Sempat Bangun, Detik Cemas ‘Rider’ Nyaris Digilis Lori Setelah Terjatuh Akibat Bergesel

Mati boleh datang menjemput bila-bila masa. Tidak awal mahupun lewat sedetik. Jika sudah ditakdirkan belum ajalnya, pasti seseorang masih tetap bernyawa walaupun hanya seinci dengan kematian.

Baru-baru ini, seorang lelaki amat bernasib baik apabila terselamat daripada digilis sebuah lori di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti.

Dalam video dikongsikan laman Sahabat Surga, lelaki yang menunggang motosikal itu cuba untuk ke laluan utama sebelum bergesel dengan sebuah lori.

Akibat geseran, penunggang itu sempat jatuh ke atas jalan dan termasuk ke bawah perut lori yang sedang bergerak. Takdir menyebelahinya apabila dia sempat bangun sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan.

Tonton video hasil rakaman CCTV di bawah.

Video tersebut membuatkan netizen cemas sekaligus bersyukur kerana penunggang itu terselamat.

Belum ajalnya

Mujur sedar dan terus bangun

Lewat sikit nyawa melayang

Sumber: Sahabat Surga

Amira

Love yourself.