Siakap Keli

6 Cara Untuk Mengatasi Masalah Anak Anda Yang Makan Perlahan

Menghadapi kanak-kanak kecil yang makannya lambat kadang kala boleh menyebabkan ibu bapa terutama ibu rasa tertekan. Lebih-lebih lagi bila anak mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makan. Rasanya sangat mencabar dan menguji kesabaran ibu. Sudah tentu, tabiat ini tidak boleh ditoleransi. Ibu perlu membuat beberapa perubahan agar anak mereka dapat makan dengan lebih baik dan cepat. Berikut adalah beberapa cara untuk menangani anak-anak yang makan dengan perlahan.

1. Temukan penyebab

Ada beberapa alasan yang membuat anak makan dengan perlahan hingga mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, kanak-kanak itu mempunyai sariawan atau mempunyai gigi yang longgar sehingga dia terpaksa makan dengan lebih perlahan. Mungkin juga, anak itu terlalu kenyang kerana waktu makan dalam waktu yang hampir. Ibu perlu mencari penyebabnya dan berusaha mencari jalan untuk mengatasinya tanpa memaksa.

2. Singkirkan gangguan

Salah satu alasan anak makan lambat kerana adanya gangguan dari benda-benda di sekitarnya. Misalnya ada mainan di meja atau anak makan sambil menonton. Perhatian yang terbagi dapat membuat anak sukar untuk fokus pada makanannya. Oleh kerana itu, ibu perlu menyingkirkan gangguan tersebut.

3. Bertanyakan masalahnya

Sama seperti orang dewasa, anak-anak juga terkadang melakukan sesuatu berdasarkan kemahuannya saja. Jika ibu bapa tidak melakukan intervension, jadual mereka mungkin berbeza dengan jadual yang sudah ditetapkan di rumah.  Boleh jadi anak tidak sedar bahawa mereka makan dengan lambat. Mungkin si kecil merasa selesa dengan berlama-lama ketika menghabiskan isi pinggannya. Ajak anak berbual soal kecepatan makan dan mengatur waktu yang membuatnya merasa nyaman. Perhatikan juga jarak masa antara waktu makan mereka. Entah itu sekadar makan snek atau makanan utama. Boleh jadi anak sedang tidak lapar ketika diberi makan kembali sehingga makannya jadi lambat.

4. Tetapkan batasan

Ibu bapa juga perlu menetapkan batas waktu makan. Jangan paksakan anak harus menghabiskan makanannya walaupun memerlukan waktu yang lama. Jika tidak dibuat batasan, waktu sarapan boleh bertukar menjadi makan tengahari, dan seterusnya. Beri tahu batasan waktu kepada anak dan jelaskan alasannya sesuai kemampuan berfikirnya. Misalnya waktu makan hanya 30 minit. Kalau perlu, ibu bapa boleh memasang alarm. Ketika alarm berbunyi, itu menandakan waktu makan sudah habis.

5. Pilihan makanan

Anak biasanya sukar untuk makan sesuatu yang tidak disukai. Hal itu juga boleh menjadi punca mereka makan dengan lambat. Apabila ibu bapa ingin mengajarkan anak supaya tidak terlalu lama ketika makan, cubalah memilih makanan yang disukai anak.

6. Berikan hidangan yang sesuai

Jangan lupa, ibu bapa juga perlu menyesuaikan hidangan makanan anak. Cubalah mengurangkan hidangan menjadi lebih kecil. Cara ini boleh membuat anak tidak merasa terintimidasi untuk makan makanan. Semasa anak masih lapar, orangtua dapat menambah porsinya secara perlahan.

Sumber- Mom’s

Faiz Mustafa