Siakap Keli
Gambar: Bernama

Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri

Khidmat penghantaran makanan perlu mempunyai surat kebenaran polis, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata beliau, penghantar makanan yang bekerja untuk syarikat perlu mendapatkan surat daripada majikan dan individu yang berkerja secara persendirian perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak PDRM.

”Kita telah berbincang dengan pihak PDRM iaitu majikan ataupun secara persendirian mesti memaklumkan kepada pihak polis.

”Kalau mempunyai majikan, majikan mengeluarkan surat yang mengesahkan individu tersebut bekerja sebagai penghantar makanan dan kalau yang tiada yag bekerja secara individu maka mereka boleh memohon kepada pihak polis.

”InsyaAllah dengan surat daripada majikan dan kebenaran daripada polis mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah tanpa sekatan daripada pihak polis,” katanya.

leh itu, beliau mengharapakn semua yang terlibat untuk segera mendapatkan surat daripada majikan atau individu mellaui pihak polis.

Sumber: Sidang Media, MKN rasmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.