Siakap Keli
Gambar : Fox32

Memilukan, Bayi Zirafah Baru Lahir Dilapor Mati, Dipercayai Tak Sengaja Dipijak Oleh Ibunya

NASHVILLE, Tenn. – Zoo Nashville berduka atas kehilangan Zirafah jenis Masai yang baru dilahirkan telah mati setelah secara tidak sengaja dipijak oleh ibunya.

Nasha, ibu Zirafah yang kali pertama hamil telah melahirkan anak pada hari Sabtu, tetapi mengalami komplikasi. Penjaga zoo turut mengambil bahagian untuk berusaha melahirkan anaknya yang tampak sihat. Mereka kemudian memindahkan bayi yang baru lahir  itu untuk bersama ibunya dan mengatakan bahawa keduanya terikat.

Tetapi tidak lama setelah mengumumkan kelahirannya, penjaga zirafah melihat anak zirafah itu dalam keadaan mengalami kesulitan.

“Kami sedih untuk mengumumkan bahawa anak zirafah Nasha telah mati sejurus selepas pengumuman kelahiran kami awal hari ini. Anaknya itu dipijak oleh ibunya secara tidak sengaja,” tulis penjaga zoo itu di laman Facebook mereka.

“Pasukan penjagaan haiwan kami dengan pantas melakukan tindakan tetapi tidak berjaya menyelamatkan anak zirafah itu,” kata penjaga zoo. “Nekropsi awal menunjukkan trauma pada leher tetapi ujian lebih lanjut akan dilakukan untuk menentukan apakah ada sebab lain yang menyebabkan kematian bayi yang baru lahir itu.

Perkembangan kehamilan Nasha diikuti oleh ribuan orang di dalam talian seluruh dunia setelah stesen TV tempatan memasang tiga kamera langsung di kandang zirafah.

“Kami sangat kecewa dengan kehilangan anak zirafah itu,” kata Dr Heather Schwartz, pengarah perubatan haiwan.
“Kakitangan kami telah bekerja tanpa lelah untuk memastikan anak zirafah ini diberi rawatan sebaik mungkin.”

Zoo Nasville mengatakan keadaa Nasha pada masa kini baik-baik saja dan penjaga akan memberinya lebih banyak keselesaan dan perawatan untuk beberapa hari mendatang.

Menurut Yayasan Konservasi Zirafah, Zirafah Masai menghadapi ancaman pemburuan haram dan terancam kerana penurunan populasi. Zirafah Masai kelihatan lebih gelap daripada spesies lain, dengan tompok coklat gelap yang besar.

Sumber : Fox32

Aziezzan