Siakap Keli
Gambar: Google

Mungkin Ada Yang Tak Biasa Guna, Ini Waktu Sesuai Bila Nak Guna Gear Auto Mod L, 2 Dan D3

Kebelakangan ini, kebanyakan kita menggunakan kenderaan transmisi automatik yang ternyata lebih mudah berbanding kereta manual. Selain gear neutral (N), parking (P) dan Drive (D), terdapat juga mod  yang jarang digunakan pada gear iaitu mod L, 2 dan D3.

Sebenarnya, apakah maksud dan kegunaan tiga mod tersebut? Mungkin ramai yang sudah tahu, namun bagi yang belum mengetahui apakah kegunaan ketiga-tiga mod ini, teruskan pembacaan di bawah.

L (low)

Menurut laman Auto Deal, gear L merujuk kepada low. Pada mod ini, enjin akan berada pada nisbah gear paling rendah iaitu bersamaan gear satu. Ia akan naik kepada gear lebih tinggi pada kadar revolusi per minit (RPM) tertentu untuk mengelakkan kerosakan serta mengurangkan tekanan terhadap enjin dan transmisi kenderaan.

Tambah laman itu, ia boleh digunakan untuk memanjat atau menuruni bukit yang memerlukan kelajuan perlahan secara stabil, misalnya ketika berada dalam trafik sesak semasa menaiki bukit yang curam.

2

Mod 2 pula bermaksud enjin hanya akan menggunakan dua gear pertama kereta anda, tulis Auto Deal. Ia akan memaksimumkan RPM setiap gear untuk mendapatkan tarikan yang diperlukan daripada enjin.

Bagaimanapun, dalam sesetengah model lain, ia akan mula dan terkunci pada gear dua dan akan terus menaik apabila RPM naik sehingga julat tertentu bagi mengurangkan kerosakan enjin.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Seakan gear L, mod 2 ini membantu pemanduan di bukit yang curam pada kelajuan yang lebih tinggi. Ia juga boleh digunakan ketika menuruni bukit melalui brek enjin (engine braking) bagi mengurangkan tekanan ke atas brek kereta anda.

Bagaimanapun, fungsi ini dipercayai boleh memberi kesan kepada kecekapan bahan api kerana ia memerlukan lebih banyak petrol ketika RPM tinggi, tulis portal itu.

D3 atau 3

Mod ini akan menggunakan tiga gear pertama kereta anda, manakala sebahagian model kenderaan mengunci gear pada gear tiga sahaja, tulis Auto Deal.

Sepertimana gear 2 dan L, mod ini akan berpindah kepada gear lebih tinggi jika RPM mencapai tahap maksimum. Menurut laman Autojosh.com, ia boleh digunakan ketika menunda kenderaan atau memandu di kawasan berbukit.

Mod D3 akan membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika menuruni bukit. Ia juga boleh membantu mempercepat pecutan dengan menurunkan transmisi kepada gear lebih rendah ketika anda memecut, tulis portal tersebut.

Sumber: Auto Deal, Auto Josh

Amira

Love yourself.