Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda meletakkan sementara barangan yang rosak di sesuatu kawasan dan menemukan ianya sudah dibaiki oleh seseorang?
Seperti yang berlaku di Singapura, sebuah basikal kanak-kanak ditinggalkan di Alexandra Canal Linear Park, dengan ‘handle’ yang telah patah. Namun, terdapat seseorang telah membaikinya dan meletakkan semula basikal itu di tempat yang ditinggalkan oleh pemiliknya bersama sebuah catatan kertas berwarna oren dalam sebuah file plastik lutsinar .
Catatan tersebut tertulis : “Saya menjumpai basikal ini di sini dengan ‘handle’ yang patah. Saya telah pun membaikinya untuk digunakan semula. Sekiranya kamu adalah budak lelaki yang tidak dapat menunggang basikal ini, tungganglah ia sekali lagi. Berhati hati!”

Gambar itu telah dimuat naik ke laman Facebook Roads.sg.
Basikal itu merupakan model “Flying Bear” dari jenama Royalbaby, yang dilengkapi dengan suspensi depan dan belakang, memounyai tayar yang lebar serta punyai ciri yang biasanya terdapat pada Mountain Bike.
Walaupun tidak diketahui bagaimana basikal itu boleh rosak, catatan berakhir dengan peringatan kepada penunggang basikal tersebut untuk “berhati-hati!”
Sumber : Mothership