Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Sila Dapatkan Rawatan Segera,” Ini Antara Senarai Gejala Teruk COVID-19 Dialami Anak Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

Umum telah mengetahui bahawa kes-kes yang berkaitan dengan wabak virus COVID-19 di Malaysia kian meruncing.

Pasti ramai diantara kita yang sedang berjaga-jaga dan mengamalkan segala langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Seperti yang kita ketahui, virus COVID-19 ini bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar. Justeru sekiranya sudah dijangkiti, wajib untuk kita tahu tentang perkara yang perlu dibuat.

Pun begitu, bagaimana kita hendak tahu bahawa diri kita ini telah dijangkiti dengan virus COVID-19 ini. Kalau tidak mengalami sebarang gejala, tidak apalah. Namun apa yang perlu dibuat sekiranya mengalami gejala yang teruk.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang gejala yang teruk serta apa yang perlu dibuat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bagi anak pula, antara gejala teruk yang dialami adalah tangan dan kaki berasa sejuk. Antara yang lain adalah seperti dalam gambar di bawah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Aqmal Ezany

I write what is right