Siakap Keli
Gambar: Kompas.com / Liputan6

“Tahu-Tahu Jadi Begini, Saya Serik,” Padah Langgar ‘SOP’, Penduduk Dihukum Ziarah Dan Berdoa Di Kubur Pesakit COVID-19

Gara-gara melanggar SOP protokol kesihatan, warga TPU Jombang, Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia dilaporkan didenda menziarah dan berdoa di kubur jenazah COVID-19.

Menurut Kompas.com sebilangan penduduk yang ditangkap oleh pegawai PP TNI-Polri dan Satpol juga mengakui bahawa mereka berasa serik apabila didenda sebegitu kerana terpaksa menyaksikan sendiri kubur jenazah pesakit COVID-19.

Salah seorang pesalah yang berumur 23 tahun yang ditangkap dalam serbuan terhadap operasi pematuhan SOP di daerah Jombang itu mengakui bahawa dia terkejut semasa petugas membawanya ke tanah perkuburan Jombang untuk menjalankan denda tersebut.

“Saya hanya mahu membeli makanan berhampiran rumah saya, lupa untuk memakai topeng. Tahu-tahu jadi begini, saya serik”, katanya.

Hal yang sama juga turut dikatakan oleh salah seorang lagi pesalah yang melanggar protokol kesihatan itu. Menurutnya, dia mengakui bahawa dia berasa serik kerana diminta untuk berdoa di kubur mangsa COVID-19 selama hampir satu jam.

Menurut lelaki itu, hukuman untuk pergi berziarah dan berdoa di tanah perkuburan Jombang itu dirasakan mampu memberi kesedaran kepada sesiapa yang melanggar protokol kesihatan kerana dapat menyaksikan sendiri jumlah mangsa COVID-19 secara langsung.

“Ianya adalah suatu bentuk hukuman yang bagus. Semoga ia menjadi lebih baik pada masa akan datang. Serik saya, walau bagaimanapun, di masa depan kita haruslah sentiasa memakai pelitup muka,” katanya.

Sumber: Kompas.com

 

Aqmal Ezany

I write what is right