Siakap Keli
Gambar : Twitter

(Video) Ada Yang Siap Tongkat Motor Tengok Cerpelai Dan Ular ‘Bergaduh’, Epik ‘Ending’ Video Buat Ramai Kagum

Satu rakaman video mendebarkan apabila seekor cerpelai bersaing dengan seekor ular tedung.

Video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di Twitter @cringemalaysian itu, terlihat seekor ular tedung berada ditengah-tengah sebatang jalan, cerpelai yang muncul dari arah semak samun cuba menggigit ular tersebut, berlaku pergelutan sambil disaksikan oleh orang ramai.

Cerpelai kemudian datang semula ke arah ular yang cuba untuk meloloskan dirinya ke dalam longkang sebelum digigit dan dibawa ke dalam semak oleh cerpelai.

Menerusi komen, ada yang mengatakan bahawa cerpelai mempunyai kebolehan untuk membunuh ular yang berbisa. Sehingga kini, video itu mendapat tontonan lebih 400 ribu dan pelbagai komen dari warga Twitter.
Sumber : Twitter

Aziezzan