Satu rakaman yang memaparkan seekor kucing minum susu daripada dalam segelas cawan telah menjadi tular di media sosial Twitter.
Kucing yang berwarna putih itu dilihat berusaha sedaya upaya bagi memuatkan keseluruhan mukanya di dalam gelas yang sempit itu sebelum dapat meminum susu tersebut.
Lebih melucukan adalah mukanya kelihatan seakan memanjang dan berbentuk silinder apabila dia memasukkan mukanya ke dalam gelas tersebut.
Video itu telah menjadi tular di Twitter. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 167 ribu kali dan mendapat lebih 6 ribu Likes.
cats are liquid pic.twitter.com/du5HDiyuvz
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) January 17, 2021
Sumber: @AnimalsWorld
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020