Siakap Keli
Gambar: @marybel_93

(Video) Gelagat Ayam ‘Bergaduh’ Dengan Kereta Sampai Calar Teruk Boleh Buat ‘Owner’ Rasa Tak Senang

Satu video rakaman yang memaparkan seekor ayam ‘bergaduh’ dengan pantulan dirinya sendiri di sebuah kereta telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan ayam tersebut terlihat pantulan dirinya pada sebuah kereta yang sedang terparkir.

Mungkin menyangka bahawa pantulan dirinya itu adalah merupakan ayam lain, ayam tersebut telah bertindak ‘berlaga’ dengan kereta tersebut.

Hasil daripada insiden tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat banyak kesan calar yang kelihatan di kereta itu. Sudah pastinya, kesan calar itu akan membuatkan pemilik kereta tersebut berasa tidak senang.

Video tersebut seterusnya telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali oleh warganet.

@marybel_93

@l.carrillo__ @mdlr_492 asi nomas quedo el carro nuevo😅 #elgalloandasuelto #Challenger #HellCat #funny #fyp #parati #fightinghisreflection

♬ Oh No – Kreepa

Sumber: @marybel_93

Aqmal Ezany

I write what is right