Siakap Keli
Gambar: Bernama & SPJM

KP Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19 Atau Kelesuan Bertugas

Sayu, di kala orang ramai memikirkan hidup masing-masing, petugas barisan hadapan terpaksa meletakkan kepentingan awam melebihi dirinya.

Kini, salah seorang wira kita sudah pergi bertemu Ilahi. Doktor Ali Noor Hassan yang dilapor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah kembali ke rahmatullah Isnin lalu. Berita ini turut disahkan isterinya di laman Facebook pada hari yang sama.

Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di…

Posted by Ali Noor Hassan on Monday, January 18, 2021

Berita duka itu turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan di Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook mereka.

Menurut SPJM, allahyarham Dr Ali telah menyertai badan itu sejak tahun 2018 dan merupakan salah seorang ahli yang aktif.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada hari Jumaat lepas.”

KEMATIAN AHLI SPJM PETUGAS FRONTLINER ๐Ÿ˜ขโšฐ๏ธ๐Ÿ’€ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali…

Posted by Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia on Tuesday, January 19, 2021

Susulan itu, orang ramai tidak kira kaum dan agama menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Salam takziah kepada seluruh keluarga

Pengorbanan Dr akan diingat selama-lamanya

Dalam kenyataan terkini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dilaporkan menafikan berita tular yang mendakwa Allahyarham meninggal dunia akibat kepenatan.

Perkara itu dikongsikan oleh laman berita tempatan, Bernama di laman Twitter milik mereka.

Dr Noor Hisham Abdullah juga menitipkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau. Tambahnya lagi, Dr Ali pernah dimasukkan ke HKL sejak Dis 2020 disebabkan penyakit lain dan menjalani beberapa sesi rawatan.

โ€Žโ€Žุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSalam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, January 19, 2021

Marilah kita mendoakan agar amalan dan kepenatan Allahyarham diterima dan dibalas syurga di sana kelak.

Sumber: Alinoor Hassan, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM)

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.