Seorang wanita berusia 29 tahun terkejut selepas mendapati bahawa dicium oleh jirannya sewaktu dia sedang tidur di rumahnya pada Isnin (18 Januari) lalu, lapor Asia One.
Lelaki tersebut didakwa telah menyelinap masuk ke rumahnya yang terletak di salah satu bangunan perumahan di Singapura dan telah menekap pergelangan tangannya semasa kejadian. Dia melarikan diri sejurus selepas mangsa menjerit meminta tolong, dan mengunci dirinya di rumahnya.
Selepas mangsa memaklumkan anggota keluarganya apa yang telah terjadi, dua daripada ahli keluarganya itu terus bergegas untuk membantunya, bersemuka dengan lelaki itu dan menuntut agar lelaki itu keluar daripada persembunyian.
Sebaliknya, lelaki yang berusia 33 tahun itu telah bertindak membuat laporan polis terhadap mereka gara-gara takut dipukul.
Setelah polis mengetahui situasi sebenar daripada mangsa, polis telah meminta agar pelakunya membuka pintu rumahnya, namun lelaki tersebut enggan memberi kerjasama dan mengancam untuk terjun daripada bangunan berkenaan. Namun selepas dua jam masa diambil untuk berunding, lelaki itu akhirnya membuka pintunya.
Dia kemudiannya terus ditangkap kerana berkelakuan tidak sopan dan kesalahan memecah masuk, kata polis.
Lelaki tersebut dilaporkan dibawa ke Changi General Hospital di mana dia akan dirujuk ke Institut Kesihatan Mental untuk penilaian.
Insiden itu telah membuatkan mangsa trauma.
“Kami telah hidup berjiran selama enam tahun,” katanya kepada Shin Min Daily News. “Saya selalu menganggap bahawa dia seorang yang pelik dan menghindarinya semampu saya. Saya akan berjalan lebih pantas ketika melalui unitnya.”
Dia turut menambah bahawa lelaki itu kadang-kadang akan meminta rokok dan duit daripada tunangnya.
“Tunang saya selalu melayaninya dengan baik, jadi dia benar-benar marah selepas mendengar apa yang berlaku.”
Penduduk lain memberitahu Chinese Daily bahawa mereka juga pernah melihat lelaki itu berkelakuan aneh.
Seorang lagi menambah bahawa lelaki itu kadang-kadang menari dengan memakai hanya seluar dalamnya sahaja di kawasan tempat letak kereta. Sehari sebelum kejadian, dia dilihat menari di kawasan pembuangan sampah.
Dia berkongsi: “Kami sudah terbiasa dengan tingkah lakunya yang pelik tetapi kami tidak pernah menyangka yang dia akan melakukan tindakan sebegitu.”
Difahamkan, isteri dan dua anak kepada lelaki itu telah berpindah daripada flatnya hampir setahun yang lalu. Dia juga sudah lama menganggur.
Sumber: Asia One
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020