Siakap Keli
Gambar Via Suarabanten/Genpi

Netizen Di Indonesia Gempar, Dakwa Kesan Isyarat SOS Di Pulau Laki Berhampiran Lokasi Tragedi Sriwijaya Air

Netizen di Indonesia pada ketika ini kecoh dengan adanya tanda atau isyarat SOS yang dikesan di Pulau Laki, lapor Suarabanten.

Isyarat meminta tolong itu dikesan di dalam Google Maps dan netizen telah melaporkannya kepada akaun media sosial Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

Lebih mengejutkan, isyarat tersebut didakwa dikesan berhampiran dengan lokasi kejadian nahas pesawat Sriwijaya Air SJ-182 dua minggu lalu.

Tanda berwarna merah atau hijau di aplikasi Google Maps adalah  Save Our Soul (SOS) Alert yang bermaksud meminta pertolongan.

SOS Alert mengandungi maklumat kecemasan yang lebih mudah diakses semasa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Gambar Via Suarabanten

Menurut Graha Nusantara, isyarat SOS tersebut hingga kini masih lagi tertera di aplikasi Google itu.

Namun, ada juga netizen yang meragui perkara ini kerana mungkin sahaja itu adalah amaran palsu.

“Tak tahu sama ada orang yang sengaja membuat kecoh atau memang ada orang yang memerlukan pertolongan di sana,” kata salah seorang netizen.

Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan ia dengan perkara mistik.

Pun begitu, masih tiada kenyataan rasmi dari Basarnas atau pihak berkuasa di Indonesia mengenai perkara ini.

Sumber: Suarabanten, Graha Nusantara

Sofea

There's always another side to every story