Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 kian menular di Malaysia. Saban hari angka-angka kes individu yang dijangkiti dengan virus COVID-19 dalam sehari mencecah sehingga ribuan kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia selalu mengingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, gunakan cecair pembasmi kuman dan elakkan daripada mengunjungi tempat yang sesak bagi memastikan diri tidak dijangkiti dengan virus yang membawa maut ini.
Walaupun begitu, virus ini sukar untuk diramal kerana ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sungguh pun segala langkah pencegahan telah diambil, kadang kala virus ini akan datang dengan cara yang tidak diramalkan antaranya ialah melalui rakan-rakan dan ahli keluarga yang disahkan positif.
Disebabkan oleh pernah berada berdekatan dengan orang yang telah dijangkiti dengan virus COVID-19 ini, secara tidak langsungnya status kita telah bertukar menjadi kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan positif ini.
Justeru daripada itu, pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya berkenaan apa yang perlu dibuat sekiranya telah menjadi kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan dijangkiti dengan COVID-19 ini.
Pihak KKM menerusi akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang cara pengurusan kontak rapat di rumah. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Pengurusan kontak rapat di rumah.
1. Anda perlu kuarantin 10 hari
2. Pantau kesihatan setiap hari
3. PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
4. Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala. #COVID19 #JagaNegaraKita pic.twitter.com/PmiKWGskfi— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 20, 2021
Sumber: KKM
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020