Siakap Keli
Gambar Via Google

Trump Dilapor Rancang Tubuhkan Parti Politik Baharu, Dipercayai Ingin Kekalkan Pengaruh

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan merancang untuk menubuhkan satu parti politik baharu dipercayai sebagai usahanya untuk terus mempunyai pengaruh selepas meninggalkan Rumah Putih, lapor The Wall Street Journal.

Trump dikatakan membincangkan perkara itu dengan beberapa pembantu dan orang yang terdekat dengannya pada minggu lalu.

“Presiden mengatakan dia ingin memanggil parti baharu itu sebagai ‘Parti Patriot’,” kata seorang sumber kepada The Wall Street Journal.

Trump juga dipercayai telah bertengkar dengan beberapa pemimpin Republikan termasuk Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell pada minggu lalu berkaitan dengan rusuhan di Capitol.

Menurut The Wall Street Journal, tidak dapat dipastikan betapa seriusnya Trump dalam memulakan parti baharu itu.

Rumah Putih juga dipercayai enggan mengulas mengenai perkara ini.

Pihak ketiga biasanya gagal mendapat sokongan yang cukup untuk memainkan peranan besar dalam pilihan raya nasional.

Sebarang usaha untuk memulakan parti baharu kemungkinan akan menghadapi tentangan sengit dari pejabat Parti Republikan.

Sumber: The Wall Street Journal

Sofea

There's always another side to every story