Siakap Keli

(Video) “800 Botol Sold Out Dalam 30 Saat”, Tak Mahu Ramai Kecewa Tak Dapat Beli, Khairul Aming Henti Sementara Jual Sambal Nyet Untuk Penstrukturan Semula

Baru-baru ini tukang masak terkenal, Khairul Aming menjalankan sesi bedah siasat atau ‘post mortem’ ke atas penjualan 10,000 botol Sambal Nyet yang berjaya terjual hanya selama 54 minit.

Tindakan Khairul yang sudi berkongsi kelemahan itu mendapat pujian daripada warganet, kerana kebiasannya kebanyakan penjual lain tidak akan berbuat demikian demi menjaga nama baik produk.

Khairul pada ketika itu menjelaskan, pihaknya bersedia untuk menstrukturkan semula kaedah penjualan agar dapat diuruskan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Terbaharu, semalam Khairul memaklumkan satu lagi keputusan baharu setelah 2,000 botol sambal lagi terjual.

Kali ini, Khairul berasakan ada ‘sesuatu’ masalah yang berlaku apabila terlalu banyak sambal dijual dalam satu-satu masa.

Mari ikuti perkongsiannya ini.

Beratus-ratus botol yang terjual kurang dari seminit bukanlah sesuatu yang ‘sihat’.

Ada juga yang selalu ‘terlepas’ peluang untuk mendapatkannya. Bagi Khairul, ini risiko sebenarnya kerana kelak akan membuatkan pembeli berasa tertekan; betapa susahnya nak dapatkan walau sebotol.

Jadi demi kebaikan semua pihak, inilah keputusan Khairul.

Kadang-kadang bagi penjual lain, semakin ‘hype’ jualan, semakin tinggi potensi untuk produk itu ‘laku keras’.

Tapi tidak bagi Khairul, sebaliknya dia ada alasannya yang tersendiri mengapa tidak mahu berbuat demikian.

Walaupun lebih 10,000 botol dijual hanya selepas dua minggu berniaga, bagi Khairul itu bukanlah satu kejayaan sebenarnya.

Malah dengan merendah diri, Khairul mengakui bahawa banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari.

Dalam masa sama, Khairul masih lagi menjaga kualiti produk. Hasil daripada analisis sambal peringkat pertama, dia mendengar beberapa komentar daripada pelanggan dan menerimanya dengan senang hati untuk diperbaiki lagi kualitinya.

Maka dengan itu, Khairul memutuskan untuk menghentikan dulu jualan untuk beberapa hari demi menstrukturkan semula proses pengurusan.

Bagi yang berjaya ‘pulun’ 2,000 botol semalam, bersedialah di rumah masing-masing kerana Sambal Nyet anda akan tiba bila-bila masa sahaja.

Sumber: Khairul Aming

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'