Siakap Keli

5 Khasiat Dan Kegunaan Tepung Beras, Bukan Hanya Untuk Buat Kuih

Tepung beras biasanya digunakan untuk membuat kuih-kuih tradisional. Tepung beras memiliki banyak manfaat yang baik untuk tubuh, salah satunya bermanfaat untuk pencernaan yang baik.  Berikut 5 manfaat tepung beras untuk tubuh.

1. Melancarkan pencernaan

Merujuk artikel dari Live Strong, tepung beras memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat diperlukan tubuh untuk melancarkan pencernaan. Kandungan serat yang tinggi dalam tepung beras juga boleh mengurangkan kemungkinan terkena kanser usus besar dan diabetes tihap 2.

2. Menurunkan berat badan

Kandungan serat dalam tepung beras boleh membantu menurunkan berat badan. Menikmati makanan kaya serat boleh membuat anda cepat kenyang sehingga mampu untuk menghilangkan rasa lapar.

3. Meningkatkan kesihatan hati

Menurut artikel dari Times of India, tepung beras juga mengandungi kolin. Fungsi kolin adalah meningkatkan kesihatan hati dengan cara membawa kolesterol dari hati ke organ tubuh yang memerlukan.

4. Melindungi kulit dari sinar matahari

Selain memberi manfaat untuk melancarkan pencernaan, tepung beras juga dapat membantu melindungi kulit dari pancaran sinar matahari. Artikel dari Healthline, tepung beras memiliki kandungan asid para-aminobenzoic atau PABA. Kandungan ini terbukti melindungi kulit dari sinar UV. Kalau anda ingin merasakan manfaat tepung beras untuk kulit wajah, campurkan tepung dengan air dan sapukan pada area wajah seperti sapuan masker.

5. Mengurangkan minyak pada rambut

Bukan hanya bagus untuk kulit, tepung beras juga memiliki manfaat untuk rambut. Pati beras boleh mengikat minyak dan mengawal kilauan pada rambut.

Sumber- Live Strong, Times of India, Healthline

Faiz Mustafa