Siakap Keli
Gambar: Minit-Tune & Brake Auto Centres

Betul Ke Memandu ’On Aircond’ Kereta ‘Makan’ Banyak Minyak ? Ini Penjelasan Yang Anda Perlu Tahu

Pasti ramai diantara kita yang pernah tertanya-tanya tentang betulkah bahawa memandu dengan menghidupkan pendingin hawa kereta banyak ‘makan’ minyak atau pun sebaliknya.

Manakan tidak, kadang kala jika kereta kita hampir kehabisan minyak dan cuaca pula panas terik ketika itu, kita pastinya akan ragu-ragu untuk menghidupkan pendingin hawa itu.

Justeru daripada itu, sebuah portal bernama ZidBits ada menjelaskan tentang persoalan itu melalui kajian yang dilakukan.

Gambar: Zidbits

Menurut ZidBits, ujian dengan menggunakan dua kaedah (tingkap terbuka, pendingin hawa dimatikan VS tingkap tertutup dan pendingin hawa dihidupkan) telah dilakukan dan dibahaskan oleh beberapa organisasi yang berbeza.

Salah satunya adalah organisasi yang terkemuka bernama Persatuan Jurutera Automotif (SAE). Mereka telah menjalankan banyak ujian mengenai kesan pendingin hawa VS tingkap terbuka pada kenderaan.

Pihak SAE mendapati bahawa dengan menghidupkan pendingin hawa kenderaan anda, ianya boleh mengurangkan kuantiti minyak anda sebanyak 5% hingga 10%.

Kedua-dua Universiti Stanford dan SAE mengesyorkan supaya memandu dengan tingkap terbuka di jalan-jalan di bandar adalah digalakkan. Namun, ketika berada di jalan yang lengang seperti di lebuh raya, seretan yang dihasilkan oleh tingkap kenderaan anda yang diturunkan melebihi tahap penurunan kecekapan berbanding memandu dengan memasang pendingin hawa dan tingkap yang tertutup.

Kedua-dua organisasi itu mengesyorkan agar anda menggunakan pendingin hawa kereta anda apabila anda memandu dengan kelajuan melebihi 45 MPH.

Sumber: ZidBits

 

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.