Siakap Keli
Gambar Via Kompas

Dipercayai Kerana Masalah Tanah Pusaka, Ayah Uzur Terpaksa Dipapah Masuk Mahkamah Selepas Disaman Lebih RM 800k Oleh Anak Sendiri

Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun di Indonesia dilaporkan telah disaman sebanyak Rp 3 bilion (RM863,859) oleh anak kandungnya sendiri, lapor Kompas.com.

Tuntutan saman tersebut dipercayai berpunca dari tanah pusaka seluas 3,000 meter per segi milik keluarga itu.

Sebahagian tanah tersebut telah disewa oleh anak lelakinya untuk membina kedai.

Pun begitu, tanah itu tidak lagi akan disewakan oleh warga emas tersebut kerana ia akan dijual.

Si anak lelaki itu juga dipercayai menyaman adik perempuannya.

Dalam tuntutan saman itu, dia meminta agar bapa dan adiknya membayar Rp 3 bilion jika dia pindah dari kedai yang dibina di atas tanah warisan itu.

Gambar Via Kompas

Tidak cuma itu, mereka juga diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak Rp 20 juta (RM5,762).

Warga emas itu mempunyai enam orang anak, saat memasuki mahkamah, dia dilihat dipapah oleh dua anaknya.

“Sepertinya dia sudah tidak memerlukan saya sebagai bapanya lagi, saya takut. Doktor juga menasihatkan saya untuk berehat, jangan banyak berfikir.

“Dia (anak lelakinya) selalu bergaduh dengan abang dan adiknya, saya bimbang, takut ada apa-apa. Tanah itu bukan saya saja yang punya, masih ada adik-adik saya, mereka sepakat meminta tanah itu dijual,” kata warga emas itu.

Bekas Bupati Purwakarta, Dedi Mulyadi, berharap agar masalah di antara ahli keluarga itu dapat diselesaikan dengan jalan damai.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story