Tindakan empat beradik tersebut seakan sia-sia kerana enggan meninggalkan jasad bapa mereka yang berstatus Pesakit Bawah Siasatan (PUI) di hospital ditahan pihak polis di Kampung Panji, Lahad Datu.
Menurut Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku selepas seorang lelaki berusia 58 tahun dikejarkan di hospital Lahad Datu kerana tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
Pihak polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang merupakan pembantu perubatan di hospital berkenaan.
Mayat warga emas tersebut telah diasingkan ke khemah zon UI berhadapan dengan wad kecemasan kerana mempunyai sejarah rawatan sebagai pesakit strok di Hospital Dunchess of Kent sebelum ini.
“Petugas perubatan telah menerangkan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Covid-19 kepada waris dan keperluan ujian saringan Covid-19 bagi mengelak sebarang risiko jangkitan memandangkan mayat lelaki itu berstatus PUI,” jelasnya lagi.
Selain itu, mayat tersebut perlu disimpan di bilik mayat sehinga keputusan ujian Covid-19 diterima. Namun, tindakan adik beradik ini telah mengusung jenazah tersebut pulang ke rumah dengan bantuan ahli keluarga yang lain.
Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan dan direman selama tiga hari dan seramai tiga orang pegawai perubatan turut dirakam percakapan untuk tujuan siasatan.
Motif kejadian, suspek bertindak membawa lari atau mengalihkan mayat yang disimpan hospital dan kes disiasat mengikut seksyen 270 Kanun keseksaan kerana perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan penyakit berbahaya.
Jika mereka disabitkan keslahan boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali, tegasnya.
Sumber: Sinar harian