Siakap Keli
Kredit: Google

“Jika Dah Kahwin Suami RM250 & Isteri RM250” Ini Tips Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun

Anda sudah ada kunci rumah sendirii? Mungkin yang masih bujang atau baru berkahwin sedang menyewa dulu buat masa ini kan?

Memiliki rumah sendiri adalah idaman semua orang, cuma cara untuk membelinya mungkin agak mencabar kerana kosnya yang agak tinggi.

Tapi sebenarnya ada satu tips macam mana nak kumpul duit dan mampu memiliki rumah sendiri sebelum usia mencecah 30 tahun.

Jom ikuti perkongsian oleh pakar pengurusan kewangan yang selalu kongsi tips-tips membeli rumah, Azizul Azli Ahmad di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Belilah rumah sebelum 30 tahun

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.

1. Buat satu Tabung Rumah Impian

2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.

3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.

4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB.

5. Setahun kita telah ada RM6,000 simpanan.

6. Setelah 5 tahun simpanan tersebut akan jadi RM30,000 sahaja.

7. Jika kita ada bonus atau tutup Astora kita boleh tambah lagi RM2,000. Jumlah terkumpul RM20,000.

8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)

9. Sasaran kita rumah yang harga RM250,000 sebab itu yang kita mampu.

10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari terus kekal menyewa.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

11. Bayaran deposit sekitar RM25,000 (10%). Baki yang ada bayar lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.

12. Duit tak cukup KWSP Akaun 2 ada.

13. Amacam? Ada berani?

14. Oh lupa, semak rumah subsale di Mudah dot my atau Ptoperty Guru.

15. Jangan beli rumah dari pemaju, tengok harga dah bebulu. Rumah undercond jaga jaga dalam ekonomi begini. Nanti beli rumah dinding tak ada.

16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu. Banyak skim rumah pertama bagi 100% biaya.

Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.

Azizul Azli Ahmad

#IngatLelakiSexyAdaRumahSendiri

#Kongsikan agar kita semua ada rumah sendiri nanti

 

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'