Sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak di Pantai Kis, Pakuhaji, Kabupaten Tangerang, Banten, dikejutkan dengan penemuan bahagian tubuh manusia di kawasan pantai, lapor Kompas.com
Menurut portal tersebut, bahagian tubuh berupa kepala tersebut telah dilaporkan ditemui pada Selasa (19/1/2021).
Sejurus selepas penemuan itu ditemukan, ianya terus dilaporkan ke pejabat polis.
Ketua Polis bahagian Pakuhaji AKP Dodi Abdul Rohim menyatakan pihaknya mengesyaki bahawa bahagian tubuh tersebut merupakan cebisan daripada mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.
“Kami percaya bahawa ianya adalah salah satu bahagian atau cebisan daripada penumpang pesawat Sriwijaya Air kerana jarak antara Pulau Lancang ke Pantai Kis hanyalah kira-kira 5 batu (8 km) sahaja,” kata Dodi ketika mengesahkan berkenaan penemuan itu.
Dodi menyatakan, bahagian tubuh yang ditemui adalah dalam keadaan yang sudah rosak.
Namun masih boleh kelihatan beberapa helai rambut.
Cebisan bahagian tubuh tersebut kemudiannya telah dimasukkan ke dalam beg jenazah untuk dihantar ke Pos Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) di Mauk.
Namun, pada ketika ini bahagian tubuh tersebut, menurut Dodi, pihaknya telah melakukan operasi pencarian di kawasan Pantai Kis, Desa Sukawali untuk mencari bahagian anggota lain daripada mangsa dan serpihan pesawat Sriwijaya SJ 182.
Sumber: Kompas