Siakap Keli
Gambar: Ain Musa

Pelik Ada Nama Sendiri Tapi Tak Beli Pun, Wanita Terkejut Rupanya Anak 5 Tahun Beli ‘Online’ Kasut ‘Frozen’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai sebenarnya yang pernah gunakan platform beli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada. Hampir semua orang kenal dan ramai yang pernah menggunakannya hinggakan platform-platform ini mampu menerima berbilion pembelian ketika musim tertentu.

Bagi individu yang selalu beli belah secara online, pasti ada yang memilih untuk terus meletakkan maklumat perbankan dalam e-dompet mereka untuk memudahkan transaksi pembelian yang akan datang. Senang, klik klik sahaja barangnya dah sampai rumah.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman lucu miliknya apabila si anak yang baru berusia lima tahun membuat kejutan buatnya apabila dia membeli kasut Frozen sendiri di atas talian tanpa pengetahuan si ibu. Bagusnya, si kakak turut menempah kasut buat adiknya yang baru berusia dua tahun.

Pengalaman itu telah dikongsikan Ain Musa di laman Anak Sepahkan Apa Hari Ini.

Maaf topik lain. Kali ni bukan pasal sepah, tapi anak shopping diam-diam kat Lazada.

Baru kejap tadi abang Ninja Van bagi salam macam aku 1km kuatnya. Berlari keluar sebab terkejut. Tengok-tengok ada barang.

Aku dah pelik ni. Dia pulak sebut nama aku. Aku tengok memang nama aku. Makin pelik ni sebab seingat aku memang tak ada pesan barang online baru-baru ni.

Punya penasaran, kat luar juga aku bukak. Tengok-tengok kasut budak. Aku jadi blur macam apa. Lepastu cek kat Shopee, takde. Tengok kat Lazada pulak, Mak hoii. Nak pengsan, nak pitam, migrain aku. Allahuakbar. Entah bila masa dia main telefon aku pergi order pun taktau. Sebab dia tak pernah buat macam tu.

Dia pulak muka teruja. Serba salah nak marah. Aku pun bagi je la tanpa marah-marah. Aku cuma terkejut je harga penghantaran dia tu. Tak pernah aku kena gitu. Adoii.. Ni dia order dua pulak tu. Adik dia 2 tahun, kecil lagi memang tak muat. Satu lagi aku jual je balik kot. Siapa nak beli? RM60 je..

Dia order saiz 9-11 tahun. Dua pasang, kedai lain-lain. Dia baru umur 5 tahun. Disebabkan dia semangat, muat.

Dua hari sebelum kasut sampai, ibu ada pesan baju-baju Frozen. Konon nak buat kejutan la. Tup tup dia yang buat kejutan kat ibu dia. Macam tau-tau je ibu tak order kasut. Hadoiiii.. Kesian adik sedih takde kasut cantik. Pakai selipar lama kakak dia je la.

Pengajaran, sila uninstall semua shopping online. Jadi tak la parah kalau kena lagi. Gara-gara tak buat password, padan muka ibu.

Gara-gara ibu kaki shopping online, set bayaran memang dah siap-siap, tinggal mintak OTP je.

Kongsi Ain, pembelian itu berjaya dilakukan hasil bantuan sepupunya yang berusia 8 tahun.

Harga penghantaran lagi mahal dari barang. (Gambar: Ain Musa)
Gambar: Ain Musa

Sumber: Ain Musa (Anak Sepahkan Apa Hari Ini)

Amira

Love yourself.