Siakap Keli

Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah, Joe Biden Angkat Sumpah Sebagai Presiden Pada Usia 78 Tahun

Selepas pelbagai isu melanda, akhirnya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46 awal pagi (waktu Malaysia). Biden berikrar hari baharu untuk Amerika.

Selepas dipercayai penyokong Trump bertindak ganas menceroboh bangunan Capitol yang cuba mengubah keputusan pilihan raya, Biden menaiki anak tangga bersama Kamala Harris yang dilantik sebagai Naib Presiden AS dan beliau adalah wanita pertama dipilih sebagai Naib Presiden.

“Ini adalah hari baharu untuk Amerika,” kata Biden terdahulu menerusi laman Twitter.

Joe Biden juga adalah Presiden paling tua dalam sejarah apabila mengangkat sumpah pada usia 78 tahun dan cabaran yang menanti beliau adalah bagaimana untuk mengawal penularan Covid-19 di AS yang telah meragut lebih 40,000 nyawa.

Sumber: Twitter Joe Biden

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)