WHO kerap menasihati masyarakat agar mematuhi SOP dan juga kerap basuh tangan atau memakai sanitasi ketika berada di luar rumah ekoran wabak pandemik yang semakin hari semakin meningkat.
Namun begitu, terdapat sekumpulan remaja dilaporkan melakukan ‘prank’ dengan menawarkan sanitasi percuma yang didakwa digantikan dengan gam kepada orang awam di luar sebuah pasar raya di Bradford.
Menurut laporan, seorang wanita hampir sahaja menjadi mangsa mereka. Namun, wanita berkenaan mengelak daripada menerima tawaran tersebut setelah mendengar salah seorang daripada remaja berkenaan mengatakan bahawa ianya adalah gam.
Wanita itu memberitahu YorkshireLive: “Remaja tersebut menghampiri saya dan menunjukkan sebotol sanitasi lalu bertanya adakah saya mahu ingin sanitasi percuma.
“Mereka seakan tidak sabar menunggu saya menghulurkan tangan sambil senyum lebar.
“Saya mendengar salah seorang pemuda ketawa dan dia berkata ianya adalah gam.
Walau bagaimnapun, wanita berkenaan berkata dirinya berasa bersyukur dan lega apabila terselamat daripada perbuatan sekumpulan remaja tersebut dan mendakwa dirinya berada di Bradford Royal Infirmary sepanjang malam.
Sumber: Mirror UK