Siakap Keli

TERKINI: 3,170 Kes Positif Covid-19 Dengan 12 Kematian, KL Serta Selangor Catat Kes Tertinggi

Sebanyak 3,170 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 172,549 setakat Khamis (21 Januari 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 41,755 kes.

Daripada 3,170 kes baharu pada hari ini, lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,162 kes.

Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes diikuti Selangor 545 kes, Johor 423 kes, Sabah 401 kes dan lain-lain.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Sebanyak 16 kluster baharu dilaporkan pada hari ini.

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 2,490 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 130,152 kes.

Sehingga kini, terdapat 260 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan 12 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 642 kes.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.