Siakap Keli

TERKINI: Operasi Kedai Makan, Restoran Di Kawasan PKP Dibenarkan Sehingga Jam 10 Malam Bermula Esok

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pukul 10 malam bermula esok, 22 Januari 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli dan peniaga selepas hanya dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sahaja ketika ini.

“Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat. Kita sedar apabila rungutannya banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya pada sidang media khas perkembangan PKP di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata prosedur operasi standard (SOP) masih kekal  – tidak dibenarkan makan di premis makanan, hanya pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan.

Justeru itu, kerajaan juga membenarkan kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam bermula esok, 22 Januari 2021.

Akitivti penjualan makana hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Sumber: Sidang media MKN

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang