Siakap Keli
Gambar : EliteReaders

(Video) Lelaki Ini Bina ‘Pulau Terapung’ Gunakan Lebih 150,000 Botol Kitar Semula

Sebut saja tentang kitar semula, pasti diantara kita mempunyai barangan terpakai yang ingin dijadikan sesuatu barang bermanfaat mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai contoh adalah botol air minuman plastik, ada yang jadikan ianya sebuah pasu, alat siraman malah membina replika menara berkembar KLCC dan pelbagai lagi.

Namun, perkongsian menarik dari seorang ahli alam sekitar dan juga seorang arkitek bernama Richart Sowa yang membina sebuah pulau daripada 150,00 botol air minuman plastik. Lelaki berusia 61 tahun itu juga telah menetap di pulau tersebut sejak tahun 2008.

Pemuda ini membina kediaman terapung pertamanya pada tahun 2005, namun pulau pertama dan pulau kedua yang diberi nama Pulau Spiral, musnah disebabkan keadaan cuaca yang berlaku kerana perairan terbuka. Oleh sebab dua kali percubaan gagal sebelumnya, dia memutuskan kali ini untuk membina yang ketiga.

Gambar : EliteReaders

Dengan bantuan tukang kayu, Sowa membina permukaan yang kukuh untuk pulau sepanjang 25 meter itu yang dapat menahan daripada taufan. Mereka memasang bingkai buluh, mengisinya dengan pelet kayu dan pasir. Kemudian mereka meletakkan ribuan beg yang penuh dengan bekas plastik berisi udara ke dalamnya, sehingga memberikan keupayaan yang cukup kepada tanah untuk menyokong rumah mini dan apa saja yang berada di atasnya.

Gambar : EliteReaders

Setelah tujuh tahun bekerja keras, Pulau Joyxee memiliki dua bilik tidur, dapur, tiga tempat mandi, dan mesin basuh. Kabel 100 kaki yang dihubungkan ke pantai, ia menyediakan bekalan elektrik, air dan akses internet kepada pulau buatan manusia itu.

Gambar : EliteReaders

Sehingga kini, pulau terapung hasil daripada 150,000 botol itu dihuni olehnya bersama keluarga.

Sumber : EliteReaders

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.