Siakap Keli
Gambar : Instagram

(Video) Pemuda Tenang Balas Ejekan Mengenai Rumahnya Yang Usang Dengan Buat ‘Home Tour’

Rumah yang mewah bak istana tidak menjaminkan kebahagiaan. Erti bahagia dapat diukur pada kekayaan jiwa seseorang yang penuh rasa syukur. Itu lah yang dapat diungkapkan mengenai satu kiriman di Instagram @Sahabatsurga mengenai seorang pemuda yang berbangga dengan rumah usang milik keluarganya.

Dalam kiriman video tersebut, pemuda bernama Endi telah menerima respon daripada seorang pengikutnya yang bertanya tentang keadaan rumahnya yang berasaskan kayu. Endi tetap tenang memberikan respon terhadap pertanyaan itu, Endi menunjukkan rumah keluarganya yang usang dan mengatakan bahawa dia berbangga walaupun tidak seperti istana.

Endi juga menunjukkan keadaan kayu rumahnya itu yang harus diganti tetapi wang tidak mencukupi. Endi mengatakan bahawa ayahnya hanya bekerja sebagai seorang buruh binaan manakala ibunya hanya suri rumah sepenuh masa.

Sumber : Instagram

Aziezzan