Siakap Keli

(Video) Rakaman Puting Beliung Besar Cetuskan Panik Penduduk Di Jawa Tengah

Kejadian puting beliung besar yang melanda daerah Wonogiri di Jawa Tengah pada Rabu (20/1/2020) jam 3 petang ternyata menimbulkan panik dalam kalangan penduduk.

Memetik laporan Tribun News, Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Wonogiri, Bambang Haryanto, sebagai berkata puting beliung berlangsung dalam tempoh yang lama iaitu sekitar 10-15 minit dari tengah ke barat.

Namun begitu, tiada kesan kerosakan yang berlaku disebabkan oleh fenomena semula jadi tersebut.

“Betul, (angin puting beliung) di tengah takungan (Gajah Mungkur), putarannya adalah dari tengah ke barat.

“Sebelum tiba di pemukiman, (angin berpusing) ke selatan, jadi tidak ada kesan,” kata Bambang ketika dihubungi Tribunnews.com.

Menurut beliau, puting beliung di takungan Gajah Mungkur dikatakan terjadi saat hujan deras melanda Wonogiri.

Tetapi, ianya bukan merupakan kejadian pertama di kawasan tersebut kerana pernah terjadi sebelum itu.

Penduduk yang sempat merakamkan kejadian tersebut mengakui puting beliung berlangsung selama belasan minit dalam putaran angin yang besar.

“Anginnya besar dan cukup lama, mungkin belasan minit membuat penduduk di sekitaran takungan Gajah Mungkur Wonogiri panik,” kata Ketua Desa dikenali sebagai Kamto.

Sumber: Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.