Siakap Keli
Gambar via Independent

Wanita Ditangkap Selepas CCTV Kantoikan Cubaannya Bunuh Suami Dengan Racun Lipas

Seorang wanita berusia 70 tahun dilaporkan ditangkap setelah melakukan cubaan meracun suami menggunakan racun lipas dengan menunangkannya ke dalam kopi, kata pendakwa raya.

Wanita tersebut ditangkap setelah didakwa berulang kali meracuni suaminya dengan racun lipas setelah dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek menuangnya ke dalam kopi. Kejadian tersebut berlaku pada 12 Januari menurut pejabat Peguan Daerah Queen Melinda Katz.

“Suspek mengambil botol dari cabinet di bawah sinki dan didakwa membancuh kopi suaminya itu sebanyak dua atau tiga kali.

“Pada 14 Januari 2021 sekitar jam 10:40 malam, detektif menemukan sebotol dengan penutup merah dan label kuning dari tempat di bawah sinki,” kaya Katz kepada ABC News.

Menurut pejabat Katz, botol tersebut adalah racun serangga perosak yang mengandungi 100% asid borik. Pusat Maklumat Racun Makhluk Perosak Nasional mengatakan bahawa asid borik dipercayai boleh menyebabkan pelbagai masalah sekiranya ditelan oleh manusia.

“Orang yang makan asid borik akan mengalami mual, muntah, sakit perut, dan cirit-birit. Sekiranya ia digunakan secara berlebihan atau tidak terkawal, individu boleh mengalami sesak nafas, pendarahan hidung dan seterusnya adalah kematian,” tulis pusat itu di laman webnya.

Walau begitu, pejabat Katz melaporkan mangsa mengalami masalah berkenaan namun keadaannya kelihatan baik dan tidak berisiko. Bukan itu sahaja, peguam daerah turut mengatakan bahawa kes tersebut bukanlah kes penderaan rumah tangga yang biasa tetapi ia masih berada di bawah penetapan itu.

“Keganasan rumah tangga tidak terbatas pada penderaan mental dan fizikal. Defendan dalam kes ini didakwa menggunakan tipu daya untuk menjatuhkan suaminya,” kata Katz dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, suspek didakwa melakukan cubaan menyerang pada tahap kedua, membahayakan secara melulu pada tahap kedua dan memiliki senjata pada tahap empat. Sekiranya wanita itu disabitkan kesalahan, dirinya dilaporkan akan dipenjara sehingga empat tahun.

Sumber: Independent

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.