Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Wanita Ditimpa Nasib Malang, Bibir Bengkak Tiga Kali Ganda Lepas Buat Rawatan Kecantikan Murah

Seorang wanita dan juga ibu kepada dua anak memberi amaran tegas kepada sesiapa yang ingin melakukan rawatan kecantikan pada bibir mereka. Dirinya mendakwa supaya orang ramai melakukan penyelidikan atau kajian terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan pada bibir.

Hal ini berikutan dengan bibirnya yang menggelembung hingga tiga kali ganda daripada ukuran asal. Wanita yang berusia 25 tahun itu mengatakan bahawa dirinya hanya ingin membuat rawatan ekoran bibirnya yang kecil untuk menambah keyakinan diri.

Maka, dirinya didakwa melakukan temu janji di sebuah salon untuk mendapatkan rawatan tersebut. Wanita itu berkata, dirinya telah membelanjakan sebanyak 80 euro untuk rawatan yang dilakukan pada bulan yang lalu.

Namun begitu, kegembiraannya berubah menjadi seram apabila bibirnya yang disuntik itu menyakitkan dan kelihatan terlalu besar sehingga dirinya didakwa hampir pengsan. Bibirnya bukan sahaja berukuran tiga kali ganda malah dipercayai tidak rata.

Oleh hal yang demikian, wanita berkenaan turut berkongsi pengalamannya dan mendesak orang ramai untuk berhati-hati ketika mendapatkan rawatan kecantikan pada bibir.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia