Siakap Keli
Gambar via rnz.co.nz

Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 6 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 6 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada jam 2:05  petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka.

Berikut merupakan 6 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 5 petang, 22 Januari 2021.

Perak : (Bagan Datuk dan Hilir Perak)
Pahang : (Kuantan, Pekan dan Rompin)
Selangor : (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak)
Johor : (Segamat, Kluang dan Mersing)
Sarawak : Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang)
Sabah : Sandakan (Beluran), dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Aziezzan