Siakap Keli
Foto: Azzahari Azudin

Dari ‘Photographer’, Lelaki Ini Berjaya Usahakan Ladang Cili, Pernah Jual 12,000 Anak Pokok Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Bukan mudah nak jadi senang.” Ayat ini sering kita dengar dari mulut-mulut orang yang berjaya. Ya, tidak dinafikan, untuk menjadi orang yang berjaya, mereka terpaksa lalui beberapa fasa kesusahan. Pada pandangan kasar orang, ia tampak mudah tetpi hakikatnya tidak.

Sebagai orang muda, perjalanan kita masih jauh, banyak pengalaman dan ilmu yang perlu kita pelajari. Termasuklah seperti kisah pemuda ini berbangga kerana keupayaannya membuka ladang cili di Kedah sejak 3 tahun lalu.

Katanya semasa dihubungi, ramai yang meragui dengan kebolehan dan kesungguhannya mengusahakan ladang cili ini. Pada usia yang muda siapa sangka dia boleh pergi sejauh sekarang. Dulu orang pandang rendah sebab tiada pengalaman, tetapi dengan usaha dan berkat doa, inilah kejayaan yang dia kecapai.

Dua benda berbeza, satu bawa aku pusing dunia, kenal dunia, Holand, Hong Kong, Indonesia, Maldive dan beberapa negara lain. Cari duit nak kahwin, kenal kawan-kawan baru.

Satu lagi benda bawa aku ke arah lain, kenal erti susah, erti kerja bawah panas, erti senyum dalam dugaan, erti korban untuk masa depan anak.

Tak sangka sejauh ni aku boleh gerak.. dapat kawan baru, dapat minda dan idea baru.. Alhamdulillah masih sihat walaupun up n down.. thank you guys dalam zaman photography dan zaman bertani…

Sky is the limit.. sebelum lupa terima kasih kerana kutuk dan perli aku dulu.. tanpa kutuk dan perli anda , saya takkan sampai level nih.

Kisahnya bermula dari…

Tahun 2017 saya full time photography… Alhamdulillah ok je rezeki photo..tapi bila pikir dah ada family..saya perlukan satu lagi business untuk tampung kehidupan. Dunia photo tak memberasangkan.. so, saya decided beli tanah dan saya start pertanian

Saya start dari kosong…

Susah jugak start dari kosong.. turun naik Pejabat Pertanian, pi macam-macam… Tapi biasalah, anak muda kosong knowledge ni kadang-kadang tak dilayan.

Jalan penyelesaiannya, saya p kursus persatuan cili organic..dari situ kenal beberapa org yang bantu saya. Dari situlah saya bermula dunia pertanian saya.

“Kadang-kadang masyarakat pandang rendah bila anak muda masuk bidang pertanian”

Katanya, dalam sehari boleh menjual sebannyak 12 ribu anak pokok kepada pelanggan.

Saya masih dalam dunia photo..job tak banyak dari dulu..tapi masih relevan dari dunia photo. Jadi, perkongsian saya ini harapnya dapatlah sedikit sebanyak membantu anak muda yang ingin memulakan bidang pertanian ini.

 

Sumber: Azzahari Azudin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang