Siakap Keli

Jangan Buang Hampas Kopi Yang Telah Digunakan, Boleh Baiki Perabot Yang Tercalar

Setelah menghirup dan minum kopi yang menyegarkan, ramai orang akan membuang sisa hampas kopi yang ada di dalam gelas kopi yang mereka minum. Sebenarnya, hampas kopi mempunyai faedah yang tidak dijangka untuk beberapa perkara, jadi membuangnya ke dalam tong sampah adalah satu pembaziran. Setelah membaca artikel ini, anda mungkin ingin mempertimbangkan semula untuk tidak membuang lagi hampas kopi yang berguna. Dipetik dari beberapa sumber, berikut adalah 8 kebaikan hampas kopi yang telah terpakai.

1. Menjadi baja tanaman

Serbuk kopi mengandungi beberapa mineral penting untuk pertumbuhan tanaman, seperti nitrogen, kalsium, kalium, besi, fosfor, magnesium dan kromium. Mereka juga dapat membantu menyerap logam berat yang dapat mencemarkan tanah. Lebih-lebih lagi, serbuk kopi membantu untuk menarik perhatian cacing yang baik untuk tanaman di rumah anda. Untuk menggunakan kopi sebagai baja, taburkannya di sekeliling tanah tanaman anda.

2. Kompos

Pengkomposan adalah proses semula jadi yang mengubah bahan-bahan organik seperti sisa makanan dan serpihan halaman menjadi bahan gelap dan kaya dengan nutrien yang disebut kompos atau humus. Menambah kompos ke halaman atau kebun anda dapat membantu tanah menyimpan lebih banyak nutrien dan air, sehingga meningkatkan kesihatan tanaman. Satu kajian mendapati bahawa kompos yang diperbuat dari kopi dan sisa dapur lebih kaya dengan nutrien daripada kompos yang dibuat dengan sisa sahaja. Item lain untuk kompos termasuk keratan rumput, daun, kulit kayu, kulit telur, roti basi dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tersisa.

3. Menhalau serangga dan hama

Sebatian tertentu yang terdapat dalam kopi, seperti kafein dan diterpen, boleh menjadi sangat toksik kepada serangga. Oleh itu, anda boleh menggunakan kopi untuk menghalau serangga. Ianya berkesan untuk mencegah nyamuk, lalat buah dan kumbang, dan juga dapat membantu menghalau perosak lain. Untuk menggunakan hampas kopi sebagai penghalau serangga dan penghalau hama, letakkan semangkuk kopi atau taburkan di sekitar kawasan tempat duduk luaran. Anda juga dapat menjauhkan perosak dari kebun anda di rumah dengan menyebarkan hampas kopi di sekitar tanaman anda. Mereka membantu membuat penghalang yang tidak disukai oleh siput.

5. Sebagai scrub pembersih semula jadi

Serbuk kopi bertekstur kasar dan boleh membantu menghilangkan pengumpulan kotoran pada permukaan yang sukar dibersihkan. Ianya juga dapat membantu membersihkan kerana sifat antibakteria dan antivirus mereka. Sekiranya anda ingin mengelakkan pembersihan bahan kimia, kopi boleh digunakan dan patut dicuba. Gunakan untuk mengikis sink, menggilap peralatan memasak, atau membersihkan pemanggang. Berhati-hatilah untuk tidak menggunakannya pada bahan berpori, kerana boleh menyebabkan kesan coklat.

6. Memperbaiki perabot yang tergores

Jika kamu memiliki perabot kayu, anda mungkin dapat memerhatikannya dengan mudah terhadap calar atau tergores. Pelbagai produk dapat membantu meminimumkan penampilan calar, tetapi sebelum anda menghantarnya ke kedai, anda mungkin perlu mencuba kopi untuk mengatasi masalah itu. Pertama, buat pes pekat dengan kopi dan air. Kemudian gosokkan pes pada bahagian goresan dengan menggunakan kapas, biarkan selama 5-10 minit kemudian lap dengan kain kapas. Ini akan membantu melancarkan sapuan dan menyembunyikannya dengan mengecat kayu yang terdedah dengan warna coklat gelap. Terus gosokkan kopi ke dalam goresan menggunakan kapas hingga warna yang diinginkan tercapai, tunggu beberapa jam setelah digunkan.

Sumber – Kompas .com

" "