Siakap Keli
Gambar : Bernama

Jepun Nafi Laporan Mengenai Pembatalan Olimpik Tokyo

TOKYO, 22 Jan  — Jepun pada Jumaat menafikan laporan mengenai keputusan pembatalan Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo oleh kabinet berikutan pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

Pada Khamis, akhbar The Times yang memetik sumber dalaman kerajaan melaporkan mesyuarat tertutup kabinet negara itu telah memutuskan Olimpik Tokyo dibatalkan dan menawarkan menjadi tuan rumah temasya itu pada 2032.

“Saya menafikannya kerana ia tidak benar,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai, seperti dipetik Agensi Berita Kyodo.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada akhir Mac berkata Olimpik Musim Panas 2020 akan ditangguhkan selama setahun kerana pandemik. Acara itu kemudian dijadualkan berlangsung pada 23 Julai – 8 Ogos.

— BERNAMA

Aziezzan