Siakap Keli

Makhluk Berusia 480 Juta Tahun Ini Dipercayai Nenek Moyang Semua Tapak Sulaiman

Tujuh belas tahun yang lalu penyelidik menemukan sebuah fosil pelik di gurun Maroko. Namun penyelidik tak berhasil mengungkap identiti dan sejarah fosil yang berusia 480 juta tahun itu. Hingga akhirnya, kini penyelidik berhasil menjelaskan spesies tersebut dan menyiarkan di jurnal Biology Letters. Seperti dipetik dari Live Science, penyelidik menjelaskan fosil tersebut sebagai spesies baru, Cantabrigiaster fezouataensis.

Cantabrigiaster fezouataensis berbentuk seperti tapak sulaiman. Menariknya, spesies ini tidak mempunyai ciri khas lain dari haiwan seperti tapak sulaiman yang hidup pada masa ini, brittle stars dan tapak sulaiaman. Cantabrigiaster fezouataensis diketahui tidak mempunyai lengan nipis panjang seperti brittle stars dan plat keluli tebal seperti tapak sulaiamn. Oleh itu para penyelidik akhirnya membuat kesimpulan bahawa Cantabrigiaster fezouataensis adalah nenek moyang tapak sulaiamn. “Kami telah menemui dengan tepat bagaimana haiwan pertama seperti tapak sulaiman muncul dan kemudian berkembang menjadi dua haiwan yang kita kenal dan temui di lautan hari ini,” kata Aaron Hunter, seorang penyelidik di University of Cambridge.

Cantabrigiaster fezouataensis sendiri hidup di superkontinen kuno Gondwana, daratan besar yang ketika ini menjadi sebahagian dari benua selatan. Spesies ini hidup selama tempoh Ordovisum awal atau sekitar 485 juta hingga 460 juta tahun yang lalu. “Masa itu merupakan tempoh penting kerana kehidupan sangat beragam. Tapak sulaiman menjadi salah satu haiwan pertama yang muncul,” kata Hunter. Cantabrigiaster fezouataensis tinggal di tempat yang dulunya merupakan terumbu air dingin purba dengan spesies-spesies pelik lainnya seperti haiwan penapis gergasi yang dikenali sebagai anomalocaridids.

Penyelidik tidak pasti apa yang dimakan oleh C.fezouataensis. Walau bagaimanapun, bukti rahang menunjukkan bahawa C.fezouataensis bukan haiwan menapis seperti anomalocaridids. “Bintang laut ini yang terdapat di Maghribi memberikan gambaran menarik tentang evolusi asterozoa awal dan asal usul kumpulan echinoderm,” tambah Hunter. Tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan, terutama pada haiwan dari akhir zaman Kambria, yang antara 497 juta hingga 485.4 juta tahun yang lalu. Tujuannya, untuk menentukan jurang echinoderma terawal dengan kumpulan echinoderm moden yang hidup sekarang.

Sumber- Live science

 

Faiz Mustafa