Siakap Keli

“Ni Saya Datang Nak Ganti Balik…”, Balas Jasa, Abang Ni Datang Pusat Bantuan Banjir ‘Pulangkan’ Semula Bantuan Beras Pernah Diterimanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Fenomena air banjir yang melanda banyak negeri sejak beberapa minggu lalu kini mulai surut sedikit demi sedikit.

Di sebalik detik getir mereka mendepani wabak COVID-19, dalam masa sama banjir yang mendatang pula menjejaskan kehidupan mereka.

Maka banyaklah bantuan-bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), persendirian dan banyak lagi.

Seperti kebiasaannya, bantuan yang diberikan adalah berupa barangan asas, makanan, kelengkapan kebersihan diri, tilam dan sebagainya.

Namun apa yang berlaku di Rumah Kebajikan Baitul Jannah, Maran, Pahang ini agak mengejutkan kita semua di mana ada mangsa banjir yang sudah dibantu, tekad untuk ‘memulangkan’ semula barang bantuan.

Mari ikuti perkongsian oleh Ishraaf Mazlan di bawah ini.

Gambar: Ishraaf Mazlan

Luar biasa pula peristiwa ini.

Orang datang minta bantuan, itu biasa.

Kami hantar bantuan, ini pun biasa.

Petang ini kami didatangi seorang lelaki. Datang mengendong sekampit beras di atas bahu.

Orang kalau nak datang minta bantuan, dia datang sehelai sepinggang.

Dan orang kalau datang nak hulur bantuan, dia datang naik kereta atau lori. Dia tak datang pikul beras sekampit.

Gambar: Ishraaf Mazlan

Sampai je lelaki tadi di anak tangga, Ummi Rusnah Abu Samah pun menyapa. Ummi tanya,

“Awak nak apa?”

Jawab lelaki tadi,

“Hari itu masa banjir, saya datang sini pinjam beras. Ni saya datang nak ganti balik,”

Aku hilang kata-kata..

Memang kami selalu buat agihan bantuan. Tapi tak sangka dalam ribuan penerima bantuan, ada yang terima bantuan dengan niat untuk meminjam.

Sumber: Ishraaf Mazlan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'