Siakap Keli

Posisi Tidur Terbaik Untuk Elak Menjejaskan Kesihatan Tulang

Kedudukan kita ketika tidur juga dapat meningkatkan risiko kecederaan. Contohnya, tidur secara mengiring boleh menyebabkan sakit di bahagian bahu anda. Tidur dalam kedudukan telentang juga boleh mencetuskan sakit belakang dan leher. Chripractor Andrew Bang berkata, badan menyukai pelbagai posisi. “Sebagai contoh, jika anda tertidur semasa anda berada dalam keadaan telentang, anda harus beralih dari sebelah ke sebelah yang lain pada waktu malam.” katanya.

Selain itu, tidur dalam posisi yang berbeza juga dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang daripada tidur dengan posisi tertiarap. Bagaimana kedudukan tidur yang terbaik? Untuk mendapatkan posisi tidur yang terbaik, kita mesti mengetahui pelbagai faedah dan kesan sampingannya. Selepas itu, sesuaikan dengan keadaan badan kita. Berikut adalah faedah dan kesan sampingan dari pelbagai posisi tidur:

Tidur meniarap

Tidur dengan posisi meniarap akan membuat kepala menoleh ke satu arah untuk jangka waktu tertentu, yang menyebabkan rasa sakit. “Bayangkan berdiri dan melihat ke satu arah selama dua atau tiga jam pada satu masa. Meregangkan otot leher selama itu akan menimbulkan rasa sakit,” kata Bang. Tidur meniarap juga membuat tulang leher tegang dan menekan tulang belakang. Posisi ini boleh mencetus kesemutan di lengan kerana aliran darah terhalang dan saraf tertekan.

Jika sukar menghentikan kebiasaan tidur secara meniarap, cubalah tidur dalam posisi mengireng. Posisi ini boleh memberikan tekanan yang sama pada dada. Menurut data Major medical journals, tidur dengan posisi mengereng juga boleh mengurangkan rasa sakit pada bahagian tulang belakang. Selain itu, American Academy of Pediatrics juga menyarankan bayi tidur telentang untuk menghindarkan risiko sindrom kematian bayi mendadak dan peningkatan degupan jantung.

Tidur telentang

Tidur telentang juga boleh membuat tulang belakang lebih santai kerana graviti membuat badan tetap berpusat di atasnya. Akan tetapi, mereka yang mengalami sakit punggung biasanya merasa sukar untuk tidur dengan posisi ini. Untuk mengatasinya, anda boleh meletakan bantal di bawah lutut. Jika sakit punggung membuat tidur telentang menjadi halangan, ia menyarankan untuk meletakkan bantal di bawah lutut anda. “Sayangnya, tidur telentang juga oleh mencetus posture leher yang buruk,” kata Bang. Tidur telentang juga boleh meningkatkan risiko sakit leher.

Tidur mengiring atau menyamping

Jika anda tidur mengiring, anda harus menjaga kepala dalam posture neutral, dengan dagu lurus ke depan. Menurunkan dagu saat tidur dengan posisi mengiring bisa mencetus sakit di area kepala. “Ketika anda berdiri dengan posture yang ideal sambil memandang cakrawala, lubang telinga anda harus sejajar dengan bahu. Cubalah untuk menjaga posture itu ketika tidur,” ucap Bang.

Sumber- Cleve clinic

Faiz Mustafa