Siakap Keli

“Semoga Allah Ampunkan Dosa Saya”, Ustaz Ebit Lew Sebak, Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa sayu apabila mendakwa pihaknya tidak mampu memenuhi kesemua permintaan ramai.

Beliau pada pagi ini meluahkan rasa sebaknya ekoran terlalu ramai keluarga susah membuat permohonan bantuan, termasuklah kemudahan pembelajaran.

“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43,000 mesej atau 43,000 orang perlu tab untuk anak belajar.

“Ramai juga yang orang kelainan upaya (OKU), tiada pekerjaan, anak yatim piatu (dan) kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri,” luahnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, tidak kurang juga masih ramai lagi insan-insan di luar sana yang turut memerlukan bantuan perubatan.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

“Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8,000 kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak,” katanya.

Atas limitasi tertentu, Ustaz Ebit Lew dipercayai berasa seakan serba salah kerana tidak mampu membantu kesemua mereka yang memerlukan.

Malah beliau turut berdoa agar segala kesempitan yang dirasai kini akan terbuka jua satu hari nanti.

“Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

“Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan, permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudarakau semua.

“Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” luahnya lagi.

Semalam Ustaz Ebit menyumbangkan sebanyak 100 buah tab kepada pelajar yang benar-benar memerlukan peralatan tersebut sebagai kemudahan dalam pembelajaran.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'