Siakap Keli

Stok Kumpulan Darah Jenis ‘O’ Sangat Rendah, Pusat Darah Negara Terus Rayu Orang Ramai Datang Derma Darah

Bekalan darah di Pusat Darah Negara hari ini, 22 Januari 2021 menunjukkan semakin berkurang. Banyak bekalan sudah berubah jumlahnya.

Menerusi laman Instagram Pusat Bekalan Darah merayu kepada penduduk di Malaysia agar terus menderma darah kerana stok bekalan saban hari kian menurun.

Dalam 2 hari sahaja, stok darah kumpulan darah O bertukar dari kuning kepada MERAH. Kumpulan darah B bertukar dari hijau kepada KUNING dan kumpulan darah A pula masih kekal KUNING.

Stok darah saban hari semakin rendah. Sekiranya stok darah berlanjutan rendah, bagaimana dengan pesakit yang memerlukan darah?

Darah tidak dapat diperolehi dari langit. Tidak juga dari tanah. Satu-satunya cara untuk mendapat darah adalah melalui PENDERMAAN DARAH.

Datang derma dan terus pulang. Ayuh rakyat Malaysia yang prihatin. Dermalah darah.

 

Sumber: Pusat Darah Negara

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang