Siakap Keli
Sumber Gambar: Ahmad Aqari

Tak Payah Buang Duit Tukar Jubin Lama Yang Kotor & Berkulat, Cat Je Lantai

Kalau jubin lantai sudah kotor dan berkulat apa tindakan korang? Takkan nak tukar baru kan, nanti membazir pula.

Salah satu ‘jalan’ penyelesaiannya adalah dengan menggunakan teknik cat lantai. Mudah je, hanya menggunakan cat Tile Primer supaya kelihatan lebih kemas, paling penting selamat dan mesra alam.

Bukan itu saja, sebelum ni korang letak ‘wallpaper’ dalam tandas kan, tahu tak sekarang ni korang boleh cat sendiri. Mudahkan?

Lihat seperti pelanggan Nippon Paint ini mengubah suai bilik air yang dulunya nampak seakan buruk dan kini berubah menjadi lebih eksklusif dan menarik hanya menggunakan cat sahaja.

Sumber Gambar: Ahmad Aqari

Jadi, korang tak payah buang duit beli barang-barang tak penting, cat je lantai tu sebab penggunaan kertas dinding tidak tahan lama. Kenapa? tandas kan tempat yang sering digunakan dan keadaan yang lembab sentiasa menyebabkan kertas dinding tersebut mengelupas, dah satu hal nak tukar kan.

Jadi, ini yang korang kena ‘hadam’ tentang cat lantai daripada Nippon Paint. Bukan sahaja tahan lama malah ia tiada kulat yang menyebabkan masalah kesihatan kita terjejas, mudah dicuci dan paling penting pelbagai warna disediakan.

Mengecat jubin pastinya lebih tahan dan murah daripada penggunaan ‘hacking’ jubin.

Korang hanya perlukan dua jenis cat ini untuk memastikan lantai tidak tumbuh kulat dan ia lebih tahan lama berbanding dengan menggunakan ‘wallpaper’ sahaja.

  • Lapisan asas (Tile Primer)

Untuk cat jubin, kita perlu mengecat lapisan asas dengan Nippon Paint Tile Primer yang dibuat khas untuk permukaan berjubin. Ini sesuai untuk semua jenis jubin dan seramik, dan ia tahan kulat dan kulapuk.

Ciri-ciri produk ini sangat mesra alam dan kurang berbau busuk.

  • Lapisan atas (Top coat)

Untuk lapisan atas (top coat), korang perlu pilih antara yang bawah mengikut finishing pilihan anda dan tempat yang hendak dicat. Anda boleh memilih antara EA4 Gloss Finishing atau Aqua Epoxy, ikut pada pilihan anda.

1. EA4 Finish

Ianya gloss finishing, tahan lama dan sesuai digunakan pada dinding dan lantai berjubin.

2. Aqua Epoxy

Aqua Epoxy ini merupakan komponen yang berasaskan air, kurang berbau dan matt finishing. Sesuai untuk lantai dan dinding berjubin.

Nasihat daripada Nippon Paint, biarkan selama 16 jam untuk mengecat semula lapisan yang seterusnya. Hal ini kerana ia untuk tandas, jadi anda perlu pastikan cat tersebut melekat elok pada lantai dan dinding.

Jadi, apa pandangan korang tentang jenis cat ini? Lepas ini tak perlulah korang bazirkan untuk beli tikar getah dan kertas dinding. Cat je kan senang.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Nippon Paint, korang boleh layari laman web Nippon Paint Malaysia.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang