Siakap Keli
cara urus sisa buangan pesakit COVID-19
Gambar: Google

Elak Jangkitan Kepada Orang Lain, Ketahui 7 Langkah Uruskan Sisa Pesakit COVID-19 Dikongsikan KKM

Negara kita mencatatkan peningkatan pesakit COVID-19 yang cukup tinggi kebelakangan ini. Daripada 42,814 kes aktif sehingga kini, ada antara mereka yang diminta untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah, khususnya pesakit kategori pertama dan kedua yang tidak menunjukkan gejala.

Justeru, ahli keluarga atau rakan serumah sedikit sebanyak perlu mengetahui tatacara pengurusan pesakit yang sedang dikuarantin di rumah.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah berkongsi cara menguruskan sisa buangan pesakit COVID-19 yang perlu diamalkan oleh para penjaga pesakit.

Berikut adalah tujuh perkara yang perlu dilakukan oleh penjaga dan pesakit menurut KKM,

  1. Bekalkan pesakit dengan beg plastik sampah yang tebal dan bersesuaian
  2. Pesakit harus memastikan segala sisa dan bekas makanan, tisu, pelitup muka serta sarung tangan yang telah digunakan dibuang ke dalam plastik yang disediakan.
  3. Pesakit harus meletakkan sisa buangan di luar bilik dan harus dibuang segera oleh penjaga.
  4. Penjaga yang mengendalikan sisa buangan perlu memakai pelitup muka dan sarung tangan.
  5. Masukkan beg plastik pertama ke dalam beg plastik kedua dan ikat rapi sebelum dibuang.
  6. Sisa perlu dilupuskan oleh perkhidmatan pembuangan sampah. Jika tiada perkhidmatan pembuangan sampah, sisa tersebut boleh ditanam.
  7. Selepas selesai menguruskan sisa tersebut, tanggal sarung tangan dan cuci tangan dengan air serta sabun.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.