Siakap Keli
Gambar: Asy Syakirin

“Jenuh Jugak Ayah Perah Otak,” Anak Kejutkan Ayah Jam 3 Pagi Ajak Main Layang-layang Bikin Warganet Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ayah sering menjadi teman untuk bermain buat si kecil. Daripada bermain lego hinggalah berlakon menjadi ‘kuda tunggangan’, semuanya sanggup dilakukan demi anak tersayang.

Baru-baru ini, seorang ayah berkongsi kisah lucu si anak yang mengajaknya untuk bermain layang-layang pagi-pagi buta. Kongsi Asy-Syakirin, anaknya Abdullah sebelum ini sering meminta nasi pada tengah malam, namun kali ini permintaannya berbeza.

Bambam buat hal lagi. Kau ni kan, kalau tengah-tengah malam minta nak makan nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa. Tapi malam tadi kau punya perangai lain macam laa. Kau tak boleh tidur, kau kejutkan ayah ajak main layang-layang pulak dah tengah-tengah malam ni.

Macam mana la kau boleh teringin nak main layang-layang pulak ni. Abdullah Abdullah.. Takpelah, ayah layankan je. Risau jugak ayah kalau ayah tak bangun jap lagi buatnya kau baca Yassin pulak kat telinga ayah ni, tak kan terperanjat ayah sekali lagi dibuatnya nanti. Serik ayah..

Lagipun bulan PKP sekarang, kesian jugak kau. Tak pe la.. Asalkan kau ada depan mata ayah dan lepas ni kau tidur ye Bambam. Kalau tak, ayah percepatkan tarikh kau sunat tu tau. Ingat tu..

Jenuh jugaklah ayah perah otak macam mana nak main layang-layang dalam rumah ni. Lepas solat sunat dua rakaat baru ayah dapat idea. Haa, macam ni boleh kot Bambam. Asalkan layang-layang tak terputus talinya.

Kau tahu tak, rumah orang lain bercahaya pukul 3 pagi sebab Qiamullail, tapi rumah kita ni bercahaya pukul 3 pagi sebab main layang-layang Bambam ooii.. Adoi la anak.. Perangai.

Sempat lagi dua jari kau buat peace ye..

Gambar: Asy-Syakirin

Gelagat mereka berdua membuatkan orang ramai terhibur dan kagum dengan usaha si ayah melayan permintaan anak untuk bermain.

Steady bapaknya

Kreatif betul ayahnya

Berlatih kejutkan sahur ye nak

Hebat main layang-layang dalam rumah

Suka tengok ayah bonding dengan anak

Nak tengok lagi telatah Bambam? Jom tengok di sini.

Sumber: Asy Syakirin

Amira

Love yourself.